ZULAIHA BINTI MOHD WADZIR

DIPLOMA BEAUTY & HEALTH

SEMESTER 4

SOLEKAN 1

SIR JAMIRUL

"It's fabulous to be a woman"

Tuesday 9 August 2011

mEwarnakan rAmbut

tujuan mewarnakan rambut adalah untuk menukarkan warna rambut asal kepada warna yang lebih menarik supaya kelihatan lebih muda dan bergaya. selain itu, mereka juga boleh menutup rambut beruban dan memulihkan warna rambut kepada warna asal.


bahan dan peralatan yang diperlukan
 pewarna rambut

hidrogen peroksida

sikat ekor

klip pembahagi rambut

mangkuk dan berus mewarna rambut

sarung tangan plastik

apron mewarna

 mantel mewarna

tuala rambut


langkah-langkah mewarna rambut

1) menyediakan pelanggan
  • pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa
  • tanggalkan aksesori pada kepala pelanggan
  • alaskan bahu dengan mantel mewarna
  • syampu rambut jika perlu
  • analisa rambut dan kulit kepala pelanggan
2) mewarnakan rambut dengan kaedah satu langkah ( one step method )
  • bahagikan rambut kepada empat bahagian dan klip dengan kemas
  • sapukan krim pelindung pada sekeliling garis rambut
  • campurkan pewarna kekal dengan hidrogen peroksida kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
3) teknik menyapu pewarna rambut
  • ambil sebahagian rambut dari bahagian 1 dalam anggaran 2.5cm tebal dan kepit dengan 2 jari.
  • bubuh pewarna dari pangkal ke hujung meliputi bahagian atas dan bawah lapisan rambut. pastikan pewarna tidak terkena kulit kepala
  • warnakan rambut selapis demi selapis hingga selesai bahagian 1-4
  • biarkan pewarna bertindak balas selama 30-40 minit 
4) menguji warna
  • ambil beberapa helai rambut dan salut dengan kapas yang dilembapkan
  • periksa perubahan warna. bersihkan rambut dan periksa perubahan warna dibawah cahaya lampu ditempat yang terang
  • jika perubahan warna belum jelas, tambah masa proses
  • bilas, petap dan keringkan rambut
5) menggayakan rambut dengan stail yang sesuai


LANGKAH KESELAMATAN DALAM MEWARNAKAN RAMBUT

sebelum mewarnakan rambut
  • pastikan alat yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan disteril
  • pastikan telah melakukan ujian kulit 24 jam
  • buat ujian pewarna untuk tentukan warna yang sesuai
  • elakkan melakukan rawatan rambut sebelum mewarna
  • pastikan isipadu hidrogen peroksida adalah pada kadar yang betul 

semasa mewarnakan rambut
  • lindungi pakaian pelanggan dan pendandan
  • lindungi kulit pelanggan dengan krim pelindung
  • sentiasa memakai sarung tangan semasa melakukan proses mewarna
  • elakkan dari terkena mata pelanggan
  • jangan menarik rambut terlalu kuat semasa proses mewarna
  • bersihkan segera kulit yang terkena pewarna dengan serta-merta menggunakan air

selepas mewarnakan rambut
  • jangan gayakan rambut dengan pengetak dari pengikal elektrik
  • jangan gunakan suhu yang tinggi semasa meniup kering rambut
  • berikan rawatan pemulihan kepada rambut yang telah diwarnakan supaya kembali kepada kelenturan asal
  • elakkan mensyampu rambut dalam tempoh 48jam selepas mewarna rambut
  • elakkan melakukan proses kimia keatas rambut selepas mewarna

     
     

    Saturday 6 August 2011

    lAngkah-lAngkah mEncuci rAmbut

    syampu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil agen aktif permukaan yang berfungsi menarik dan memerangkap segala kotoran dipermukaan luar rambut. agen aktif permukaan dapat membentuk sebatian dengan kotoran rambut. apabila membilas rambut, air dapat menarik sebatian kotoran dan dibilas dengan air.






    peralatan dan bahan yang diperlukan


     sikat bergigi besar
    sikat ekor

    sikat berus / blow

    klip pembahagi rambut

    hair spray

     pengering rambut

     tuala rambut
     
    syampu dan perapi

    langkah-langkahnya seperti berikut :

     1) menyediakan pelanggan 
    • pastikan pelanggan selesa
    • tanggalkan perhiasan / aksesori pelanggan
    • alaskan bahu pelanggan dengan tuala dan cap rambut
    2) mensyampu rambut
    • leraikan rambut kusut dari tengkuk ke puncak kepala menggunakan sikat gigi besar
    • basahkan rambut dan kulit kepala dengan air suam. berhati-hati supaya muka dan telinga pelanggan tidak basah
    • bubuh syampu di tapak tangan dan buihkan syampu dibahagian puncak kepala. ratakan kesemua garis rambut dan bahagian belakang kepala.
    • lakukan gerakan mengurut, mulakan urut usap dari dahi hingga ke tengkuk dan ulang gerakan ini beberapa kali
    • lakukan gerakan urut pusing pada seluruh kepala. mulakan pada bahagian dahi, kiri, kanan dan belakang kepala.
    • gerakan hujung jari berpusar diatas kulit kepala
    3) membilas rambut
    • baringkan pelanggan dengan selesa di singki
    • uji suhu air ( 35-36 darjah celcius )
    • bilas rambut bermula dari bahagian tengah rambut kemudian kanan, kiri, belakang dan tengkuk
    4) merapi rambut
    • bubuh perapi di tapak tangan dan ratakan diseluruh rambut dan biarkan seketika
    • bilas rambut dengan air sejuk untukk membersihkan rambut dan kulit kepala
    • buang air yang berlebihan, balut kepala dan petapkan rambut pelanggan dengan tuala hingga separa kering
    5) tiup kering rambut menggunakan pengering rambut dan gayakan mengikut stail yang dikehendaki

    jEnis-jEnis sYampu

    kini terdapat berbagai-bagai jenis syapu dalam pasaran. anda hendaklah memilih syampu yang sesuai dengan rambut anda untuk memastikan rambut sihat, bersih dan senang diurus.
    mensyampu dapat membersihkan rambut dan kulit kepala daripada kotoran, kelemumur, habuk, peluh dan minyak. ia juga dapat melancarkan peredaran darah dan menjadikan rambut berseri dan bermaya.



    RAMBUT NORMAL
    jika rambut anda jenis normal pilihlah syampu dan perapi rambut jenis normal atau biasa kerana kandungan bahan kimianya tidak terlalu tinggi kerana rambut normal mempunyai kelembapan yang mencukupi dan kulit kepala tidak terlalu berminyak ataupun kering.


    RAMBUT BERMINYAK / BERKELEMUMUR
    rambut jenis ini memerlukan syampu yang mengandungi bahan kimia berubat seperti hexachlorophene, resorcirol, bahan antibakteria dan bahan antikulat kerana ia dapat membuang lebihan minyak, lemak serta kelemumur. selain itu, ia juga dapat membersihkan rambut serta kulit kepala menjadi segar. bagi penggunaan perapi rambut pula anda tidak boleh menggunakan perapi yang mengandungi bahan minyak kerana ia akan menyebabkan rambut anda bertambah berminyak dan melepek.syampulah rambut anda 3 kali seminggu dan  disyorkan mensyampu rambut setiap hari bagi rambut yang terlalu berminyak dan bermasalah.

    RAMBUT KERING 
    syampu dan perapi untuk rambut kering mestilah menggunakan jenis syampu krim cecair kerana ia mengandungi pelembap dan lemak asli yang sudah diproses. ia dapat melembutkan serta melembapkan rambut kering anda.

    RAMBUT DIWARNAKAN / DILURUSKAN / DIKERINTINGKAN
    bagi anda yang telah mewarnakan, meluruskan atau mengerintingkan rambut anda harus berhati-hati memilih produk penjagaan rambut dan kulit kepala kerana jika tersalah pilih rambut anada akan menjadi lebih teruk dan anda akan mengeluarkan lebih banyak wang untuk merawat rambut anda. anda mestilah memilih syampu jenis berasid seimbang dan bukannya jenis syampu yang beralkali tinggi kerana rambut anda akan menjadi kering dan rapuh. selain itu, anda juga boleh melakukan treatment rambut seminggu sekali untuk rambut anda kelihatan sihat dan bermaya.



    Friday 5 August 2011

    jEnis-jEnis rAmbut

    mari kenali jenis-jenis rambut anda...^_^

    rambut normal
    rambut normal ini kelihatan bersinar dan cantik. kulit kepala tidak terlalu kering dan terlalu berminyak. rambut jenis ini mudah digayakan dan stail yang terbentuk akan bertahan lebih lama.

    rambut kering
    rambut ini mudah kusut, kelihatan kusam dan kering mengerbu. ia juga mudah bercabang di hujungnya jika dibiarkan dan agak sukar untuk digayakan.

    rambut berminyak
    rambut akan sentiasa kelihatan lembap dan kulit kepala juga akan kelihatan berminyak dan melekit. ia mudah memerangkap kotoran dan habuk. berbau hapak dan sering mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

    rambut bermasalah
    rambut berbuah
    keadaan rambut berbintil-bintil seperti buah dan selalunya terdapat di hujung2 rambut

    rambut bercabang
    hujung rambut bercabang dan tidak sesuai untuk dibiarkan panjang

    rambut berkelemumur
     
    terdapat kepingan bewarna putih pada rambut dan kulit kepala. kepingan ini terjadi disebabkan kulit mati yang paling luar terlalu aktif dan menyebabkan berlaku pertukaran yang cepat.

    rambut uban
    rambut menjadi uban di sebabkan oleh ketiadaan pigment rambut didalam lapisan korteks ataupun terdapat sebarang pigmen kuning keputih-putihan pada batang rambut. rambut putih tumbuh sejak dalam umbi lagi.

    Monday 11 July 2011

    IN CLASS....^__^


    SOLEKAN 1

    day makeup
     dah lame xmakeupkn org..lgpn ni 1st claz untuk makeup..hasilnye pn mmg kurang memuaskan..but its ok we learn from mistake..peace^^v


    double line
     double line dlm melayu disebut soket..now xsebut soket2 lg dh..wt malu je..hahaha


    double line + extra gliter


    smokey eye
    nampak sgt saye xpndai lukis kening..im out..


    i'm with my important stuff..wee

    always with them



    DANDANAN RAMBUT


    kelintong



    hasilnye pada rambut orang..rambut die cantik kn..^^v

     thanks anis sbb tlg jd model saye..



    MAKEUP & FASHION SHOW

    SEM 1
    FUTURISTIC







    SEM 2
    FLORA & FAUNA
    ( SHOW DI PWTC )





    hasilnyer selepas practise..huhu

    my team...=)


    SEM 3
    FLORA & FAUNA

     parrot

    peacock
    snack

    butterfly

    lady bird



    roses


     hasil yang penuh warna-warni dan sangat menarik...ia merupakan pengalaman yang berharga buat kami semua..we done a great job..^__^